Habib Ahmad bin Hasan al-`Aththas rahimahUllah adalah seorang
waliyullah dan ulama yang terkemuka. Beliau adalah murid kepada Sayyidi
Ahmad Zaini Dahlan rahimahUllah. Diceritakan bahawa nenda Buya
al-Maliki, Sayyid `Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki rahimahUllah hanya
mempunyai zuriat perempuan dan beliau amat mendambakan keturunan lelaki
yang boleh menjadi khalifah beliau sebagai Mufti Maliki di Makkah. Satu
ketika, tatkala Habib Ahmad bin Hasan hadir ke Makkah, Sayyid ‘Abbas
telah menziarah beliau serta memohon doa agar beliau dikurniakan dengan
anak lelaki. Habib Ahmad al-Attas memaklumkan bahawa beliau akan berdoa
untuknya dan Allah akan mengurniakan kepadanya bukan sahaja seorang anak
lelaki tetapi anak lelaki yang bakal menjadi ulama terkemuka di Makkah.
Selanjutnya, Habib Ahmad berpesan agar anak tersebut nanti dinamakan
dengan nama ‘Alawi. Apa yang dinyatakan oleh Habib Ahmad tersebut
ternyata benar berlaku dan Sayyid ‘Abbas telah mendapat seorang anak
lelaki yang dinamakannya ‘Alawi. ‘Alawi akhirnya menjadi ulama besar dan
terkemuka di Makkah. Beliaulah al-Imam as-Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin
‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani (gambar di atas), ayahanda almarhum
Habib Muhammad al-Maliki rahimahUllah.
Maka tersebutlah dalam “Tadzkiirun Naas” pada halaman 170 akan suatu
faedah dari kalamnya Habib Ahmad bin Hasan rahimahUllah seperti
berikut:-

Telah berkata Quthubul Habib Ahmad bin Hasan al-’Aththas: “Telah diijazah akan daku oleh al-Habib Muhammad bin Zain Ba`Abuud akan bacaan tatkala mencium wangi-wangian seperti berikut:Allahumma kamaa an`amta fa zid wa laa `aiysya illa `aiysyul akhirahDoa ini telah beliau perolehi daripada gurunya al-Habib Ahmad bin ‘Umar BinSumaith rahimahUllah dan beliau menyatakan telah diriwayatkan daripada Junjungan Nabi SAW bahawa sesiapa yang membaca doa tersebut tatkala mencium wangi-wangian, nescaya diampunkan baginya dosa-dosa kecilnya yang terdahulu dan yang kemudian.Ya Allah, sebagaimana Engkau telah menganugerahkan ni’mat, maka tambahkan lagi (akan ni’mat tersebut), dan tiadalah kehidupan (yang hakiki lagi abadi) melainkan kehidupan akhirat.
Moga dapat kita jadikan panduan dan amalan kerana berdoa itu
intipatinya ibadah. Mudah-mudahan jadi kaffarah bagi dosa kesalahan kita
disamping sarana memohon tambahan nikmat Allah SWT.
*https://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/01/07/doa-ketika-mencium-wangian/
.: Kasturi Emas Exclusif Muslim Perfume :.
**Hubungi kami segera jika berminat memiliki Kasturi Emas Ekslusif ini atau ingin jadi Pengedar Ekslusif**
**Hubungi kami segera jika berminat memiliki Kasturi Emas Ekslusif ini atau ingin jadi Pengedar Ekslusif**
WAKIL RASMI [KEDAH, KOTA SETAR]
0175750810 (SMS,WHATSAPP)
Like Page >> https://www.facebook.com/WangianKasturiEmas
Blog : http://wangiankasturiemas.blogspot.com/