Info dan asal Wangian Kasturi Emas
Kasturi
merupakan wangian yang terbaik di dunia,kehebatan haruman kasturi telah
diperkatakan sejak zaman berzaman,Kita biasa mendengar,apa sahaja yang
berbau wangi akan dikatakan seharum kasturi,ia mudah ditemui pada
bait-baik puisi,kisah-kisah romantis,lagu-lagu,epik-epik cinta dan
hadis-hadis Nabi Muhammad SAW sendiri.
Nabi
Muhammad SAW bersabda “Sebaik-baik harum-haruman (buat kamu) ialah
misk/kasturi.” (Shahih riwayat Ahmad, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dari
jalan Abu Said al Khudriy).
Namun apakah rahsia,khasiat dan keistimewaan yang terkandung di dalam haruman kasturi sehingga baginda bersabda sedemikian?
Dari manakah asalnya kasturi ini?
Terdapat
beberapa riwayat yang jelas tentang perkaitan antara wangi-wangian itu
dengan nikmat di syurga. Iman Ibnu Qayyim rah pernah
menulis,"Sesungguhnya Allah swt telah memperlihatkan kepada para
hambaNya di dunia ini akan beberapa kesan yang berupa ciri-ciri syurga,
Sebagai contohnya bau-bauan yang wangi dan sedap, kedinginan,
pemandangan yang indah, buah-buahan yang baik-baik, segala nikmat
kesukaan dan kesenangan."
ABU
Hurairah berkata: "Ya Rasulullah SAW,daripada apakah dibuat syurga itu?
Jawab Baginda: "Daripada air." Kami bertanya: "Beritakan mengenai
bangunan syurga!" Jawab Rasulullah bermaksud: "satu bata daripada emas
dan satu bata lagi daripada perak dan lantainya kasturi yang semerbak
harum, tanahnya dari zafaran, kerikilnya mutiara dan vakut. (Hadis
riwayat Al-Bazzar).
Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim).
Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.
Bagaimanakah haruman kasturi ini sampai ke dunia?
Mengikut
rujukan pengarang Kitab Iq Al-Alqaa dan juga Kitab Jaami Karaamat
Al-Aliyaa, sesungguhnya ketika Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi,baginda
telah diziarahi oleh seekor kijang betina,lalu Nabi Adam A.S telah
menghadiahkan kijang tersebut secebis daun dari syurga,dengan izin Allah
SWT menjadikan kijang itu berbau harum seharum kasturi.
Pada
hari ini,keturunan/nasab kijang tersebut telah menghasilkan wangian
kasturi yang tumbuh di bahagian bawah perut kijang jantan dipanggil
bintil kasturi (musk deer gland/pods).
manusia memproses kasturi tersebut untuk dijadikan minyak wangi dan ubat-ubatan.
Kasturi daripada Kijang merupakan hasil daripada haiwan yang paling mahal di dunia.
BERMINAT MENJADI PENGEDAR
SMS, WhatsaApp 0175750810
No comments:
Post a Comment